Tips Memilih Gitar Untuk Beginner

Hello semua kawan-kawan. Macam mana bulan pertama di tahun 2012 ni? Mesti ada yang bersemangat nak mula misi mencapai azam tahun baru. Sama la macam saya yang mempunyai misi memiliki domain dot com sendiri dan menulis artikel sebanyak mungkin untuk berkongsi dengan korang semua. So sekarang ni saya banyak berjalan sana sini untuk melihat keadaan semasa di luar untuk menambah idea menulis artikel. Harap-harap berterusan la usaha saya ni.

Berbalik kepada topik asal entri kali ni iaitu tips memilih gitar untuk yang baru nak berjinak-jinak main gitar. Saya suka ada budak-budak yang nak main muzik sebabnya 3-4 tahun lepas banyak remaja-remaja asyik terlompat-lompat shuffle tepi-tepi jalan dengan berbekalkan muzik dari MP3 handphone. Aduh semak mata ni memandang gelagat diorang yang terlompat-lompat tu. So hari ni saya nak berkongsi sikit pengalaman tentang pemilihan gitar yang sesuai untuk korang.

Tiba-tiba terlintas nak buat entri pasal tips memilih gitar ni sebab masa pusing-pusing tempoh hari, saya ada singgah kedai menjual alat muzik. Saja tengok-tengok barang baru. Memang dah jadi rutin dari dulu kalau ternampak kedai alat muzik saya mesti singgah. So masa tengok-tengok dalam kedai tu, ada seorang remaja umur belasan tahun dengan bapa dia tengah pilih-pilih gitar. Dari pengamatan saya yang kurang terer ni nampak gayanya remaja tu baru nak berjinak-jiinak main gitar. Mungkin gitar pertama la kot sebabnya cara dia nak petik gitar tu nampak macam baru belajar la. Anyway semangat yang bagus sebab nak beli gitar. Apa yang memeranjatkan dia terus nak beli gitar yang mempunyai nama besar dan berharga ribuan ringgit. So saya rasa budak ni dah terlebih excited dah nih.

Pada pengalaman dan pembacaan saya, untuk yang baru mula nak main gitar kita tak perlu untuk terus beli gitar yang terlalu mahal. Sebaliknya memadai pilih gitar yang sederhana harganya dan berkualiti. Salah satu sebabnya limu cara menjaga gitar untuk yang baru berjinak-jinak ni agak kurang. Jadi kalau rosak kan dah membazir disebabkan kekurangan ilmu penjagaan gitar. Selain itu, risau kalau-kalau semangat nak main tu hilang. Kesian kat bapa yang abis duit beribu beli gitar dan akhirnya si anak biarkan macam tu je.

Tips yang kedua, sebelum kita hendak memilih gitar, kita perlu tahu jenis muzik apa yang kita main. Kalau Rock terus la korang beli gitar elektrik. Sebab lebih sesuai main muzik rock dengan gitar elektrik berbanding dengan gitar akustik sebab soundnya lebih garang. Banyak pakej gitar elektrik untuk beginner. Yamaha pun ada keluarkan pakej beginner dengan harga RM1000. Dalam pakej tu ada amp, gitar, guitar strap dan pick. So korang beli bawa balik rumah pasang dah boleh main. Tak payah nak beli satu-satu barang yang mahal-mahal. Senang kan?

Tips ketiga pula, kalau yang minat bermain klasikal akustik, ada 2 jenis gitar klasikal akustik. Gitar klasikal akustik Spanish dan steel string acoustic. Spanish classic acoustic ni lebih ringan dan menggunakan tali jenis nylon. Gitar jenis ini juga lebih lembut talinya dan tidak menyakitkan tangan korang. Selain tu dari segi penjagaan gitar ni juga murah berbanding Steel String acoustic. Jadi korang boleh mengurangkan belanja dan kesakitan jari korang masa main gitar nanti.

Steel String acoustic

Akhir sekali yang paling penting, korang perlu cuba gitar yang korang minat tu sesuai dengan korang. Maksud sesuai yang saya cakap adalah, jari korang semua perlu fit dengan neck gitar. Takde la nanti korang terkangkang-kangkang jari masa main gitar pulak. Selain itu, dapatkan sebanyak mungkin informasi mengenai gitar tersebut sama ada dari Google ataupun tokei kedai tu sendiri. Pastikan korang petik setiap satu fret supaya takde yang sumbang bunyi nya. Itu sahaja tips dari saya untuk memilih gitar. Nantikan artikel seterusnya yang bertajuk bahagian-bahagian gitar.

P/s : Gitar penenang jiwaku..

Pelan Baru Dari Maxis – Internet, Sms Dan Waktu Bercakap

Salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan. Semakin hari semakin rancak persaingan syarikat-syarikat telekomunikasi di negara kita yang tercinta ni. Baik Maxis, Digi mahupun Celcom masing-masing memasang strategi dan pelan untuk menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan mereka. Bagi saya ianya adalah persaingan sihat  dan menguntungkan pengguna. Hehe. Bila diorang bersaing secara tidak langsung mereka akan cuba menawarkan pelan yang murah dan berbaloi. Saya selaku pengguna Maxis yang setia amat tertarik dengan pelan yang baru mereka tawarkan. Pelan yang saya maksudkan adalah Value Plus Internet.

Sebelum pelan baru ni diperkenalkan, saya telah menggunakan pelan Maxis 50. Apa yang dapat hanyalah panggilan serendah rm0.18 seminit dan sms RM0.05. Masa pusing-pusing hujung minggu ternampak pelan baru Maxis iaitu Value Plus Internet. Pelan ni menawarkan internet, sms dan waktu bercakap percuma mengikut pelan yang di ambil.

Sebagai contoh saya sebelum ni menggunakan pelan 50 dan telah bertukar ke Value Plus Internet (VPI) 50. Selain VPI 50, VPI 80 dan VPI 30 juga ditawarkan. Bagi VPI80, plan ni bagi free internet 500MB sebulan. Selain itu percuma sms ke semua operator sebanyak 300 dan panggilan juga ke semua operator sebanyak 300 minit. Bagi VPI50 pula 250MB internet, 100Minit beserta 100 sms setiap bulan. Pelan yang terakhir VPI30 pula 250MB , 50min dan 50 sms. Untuk pelan 30 tu sesuai utk Supplementary line dan tambahan untuk main line dan suplementary line  percuma 900 min dan 1500 sms. Hebat tak?

So bagi yang nak layari internet guna handphone tu boleh la tukar ke plan maxis ni. Saya dah guna VPI50 ni dan ternyata berpuas hati. Rasanya ni la plan yang paling baik yang pernah dikeluarkan oleh Maxis. Setakat nak online Facebook tu memang cukup sangat la VPI50 ni. Jangan la korang gatal tangan pegi download lagu macam-macam. Memang takkan cukup la 250MB tu. Silakan guna broadband ataupun WiFi je kat mamak yang berdekatan.

Sekali lagi tahniah kepada Maxis sebab buat plan ni. Baru sekarang rasa berbaloi jadi pengguna Maxis sejak 10 tahun menjadi penunngu tetap dalam rangkaian Maxis nih. Untuk maklumat yang lebih mendalam sila ke website Maxis

Coretan Pertama Tahun 2012

Assalamualaikum semua. Rasa semangat lebih pulak bila dah masuk tahun 2012 ni. Tapi idea nak buat entri ni tak kunjung tiba lagi. So korang semua ni baca la apa yang ada untuk post pertama 2012 ni. Apa azam korang agak-agaknya tahun baru ni? Kalau saya azam nak beli rumah dan memiliki sama ada iPad ataupun Samsung Galaxy Tab. Rasa-rasanya azam yang kedua tu boleh tercapai dulu la kot sebab tak payah nak bual loan. Hehe.

Saya banyak bertanya orang dan Google mengenai iPad dan Samsung Galaxy Tab. Ye la kan sebelum beli kena la study dulu barang mana yang bagus. Jangan dah beli baru nak menyesal pulak. Apa yang saya titik beratkan masa nak beli gajet ni adalah Spec seperti memori, Berat, Software dan macam-macam lagi

Setelah perbandingan dibuat, inilah hasil kajian saya seorang saintis komputer( perasan pulak). Untuk Samsung Galaxy Tab , Screen sentuh nya jauh lebih kecil dari Ipad. Tetapi mempunyai keberatan lebih kurang separuh lebih ringan dari iPad iaitu 380 gram. Dari segi harga sudah tentu la jauh lebih murah Samsung Galaxy Tab berbanding iPad. Jadi?? Hehe

Dari segi spec lain, Samsung Galaxy tab lebih baik dari Ipad (Sorry penggemar Apple. Saya just buat perbandingan). Samsung Galaxy Tab boleh buat panggilan seperti handphone dan juga panggilan video tetapi tidak pada iPad. Ala-ala handphone besar la Tab ni. So kalau dah beli Tab tak perlu la kita nak beli handphone lagi. All in 1.

Perbezaan lain yang lebih ketara adalah Operating System ( OS). Samsung Galaxy Tab menggunakan OS Android yang jauh lebih murah berbanding iPad yang menggunakan  IOS sebagai OS. Erm kiranya Tab ni kita boleh la download software macam-macam yang kebanyakannya percuma.

Akhir kata, tepuk dada tanya selera. Sekarang saya dah tepuk dada banyak kali tak dapat jawapan pun lagi. Korang tolong tepuk dada pastu bagi jawapan kat saya boleh tak? hehe

Selamat Tahun Baru 2012 

Plan Facebook Internet Dari Maxis

Siapa dikalangan kita yang tak tahu Facebook atau tak pernah dengar Facebook? Memang ajaib sangat la kalau ada dikalangan korang tak tahu Facebook atau tak pernah dengar nama Facebook. Laman sosial yang palig top sekarang ni adalah Facebook. Tak kira usia semua dah ada akaun Facebook dimana niat untuk mencari kenalan lama yang terpisah. Korang pun mungkin bersetuju dengan alasan untuk  buka akaun Facebook ni kan? Atau korang ada sebab lain? teeetttt..

Ok saya bukan nak cerita sangat pasal Facebook ni tapi nak cerita pasal Plan Facebook Internet yang disediakan oleh Maxis. Apa yang korang nampak dekat sini adalah betapa popularnya Facebook ni sekarang, sehinggakan Maxis membuat plan khas untuk pengguna maxis melayari Facebook. Apa yang menarik untuk korang yang setia dengan maxis ni adalah charge yang dikenakan memang berpatutan. Dari serendah Rm3 untuk 2 hari dengan quota 1oMB, Rm5 untuk 5 hari dengan quota 25MB dan Rm10 untuk 10 hari dengan quota 75Mb.

Untuk plan ni korang bukan saja buka Facebook, tetapi korang boleh juga buka laman sesawang yang lain asalkan tak melebihi quota yang ditetapkan. Plan ni boleh dikatakan untuk yang menggunakan internet kurang dan bajet yang sesuai untuk pelajar sebenarnya. Perlu diingat sekiranya korang melebih quota yang ditetapkan korang akan di charge rm0.10/10KB. So kena la hati-hati sikit. Untuk Maklumat lanjut boleh klik sini.

Selamat berFacebook Menggunakan Handphone korang.

Tips Penjagaan Tali Gitar

Hai semua, hari saya rasa macam nak kongsi sesuatu dengan korang semua. Banyak sangat yang nak dikongsi tapi tak tau best ke tak.hehe. So fikir punya fikir, saya rasa nak berkongsi ilmu tentang tips penjagaan tali gitar. Saya nak kata hebat main gitar tu takde la jugak cuma suka berkongsi apa yang saya tahu saja. Mungkin tips ni ramai gitaris di luar sana yang tahu dan ramai juga yang tak tahu atau saja tak nak ambil tahu tentang penjagaan tali gitar.

Semua gitaris-gitaris di dunia mementingkan bunyi atau sound yang dikeluarkan oleh sesebuah gitar bila kita petik tali. Selain dari jenama gitar yang baik, tali yang berkualiti dan betul cara penjagaannya juga menyumbang ke arah sound gitar yang sedap. Ramai diantara kawan-kawan saya yang bermain gitar malas untuk menukar tali gitar. Selagi tali tak putus dan boleh mengeluarkan bunyi, selagi itulah diorang tak kan tukar tali gitar. Sampai berkarat la tali gitar tu diorang main. Studio jamming pun sama macam tu juga, selagi tak putus diorang biarkan je. Tak boleh salahkan pengusaha studio jamming sebab diorang meniaga,kene la save cost tapi kita yang main gitar sendiri perlu la tukar atau jaga tali gitar kita dengan baik. Betul tak?

Tali Berkarat

Cara yang baik untuk menjaga tali gitar kita adalah setiap kali selepas main gitar, talinya perlulah dicuci menggunakan pencuci tali yang sesuai. Tali gitar akan menyimpan minyak, peluh dan habuk ketika kita main gitar. Sekiranya kita main gitar dan terus simpan tanpa mencuci tali gitar, lama kelamaan tali akan menjadi karat hasil tidakbalas peluh dengan tali gitar (wah macam pakar sains pulak ni). Bila dah berkarat dan penuh habuk atau daki, tali tidak akan bergetar dengan sempurna sepangjang tali. Maksudnya agetaran gitar tidak akan bergetar secara keseluruhannya dan timbul la istilah bunyi tali mati. Tali mati adalah disebabkan getaran tali terhenti di tengah-tengah perjalanan getaran sepanjang tali.

Salah satu contoh pencuci tali gitar.

Kekerapan menukar tali pula bergantung kepada cara korang main. Contohnya kalau ganas lagu korang main, maka kerap la korang kena tukar tali gitar. Lagi satu kalau kerap sangat main pun boleh menyebabkan tali gitar kita haus atau hilang kesedapan soundnya. Sebagai contoh kalau korang kerap BEND tali gitar, permukaan bawah tali tang bersentuhan dengan besi fret akan nipis kalau korang perasan, hah itu salah satu punca tali menjadi mati atau sound keluar tak sempurna.

Bila atau berapa lama perlu korang tukar tali?

Secara mudah jawapannya selain faktor di atas adalah tali gitar boleh bertahan selama 15-30 jam. Maksudnya korang kena la set jam setiap kali main gitar. Hehe. Korang kena agak la lebih kurang 15-30 jam korang main. Kalau sehari sejam maknanya sebulan sekali la korang kene tukar tali. Itu pun kalau korang ada modal dan perlukan sound yang sedap la. Sebaik-baiknya tukar tali gitar sebulan sekali dan bersihkan tali selepas main. Kalau nak lagi cantik, gitar simpan dalam case supaya tak terdedah dengan udara luar.

Ok untuk tips yang lain kena tunggu entri seterusnya.

Apa Nak Buat Bila Handphone Masuk Air?

Memang menyakitkan hati dan risau bila ‘DARLING’ kita rosak atau tak berfungsi dengan baik. Darling yang saya maksudkan adalah Handphone. Zaman sekarang ni boleh dikatakan seorang 1 handphone. Tak kira usia berapa asalkan tahu guna handphone dah boleh pegi kedai beli handphone dari serendah RM80.oo. Itu la zaman teknologi sekarang ni. Untuk entri kali ni bukan saya nak bercerita pasal teknologi ataupun kemampuan kita untuk beli handphone tapi berkaitan tips penjagaan handphone.

Ramai di antara kita hanya tahu guna handphone tetapi pengjagaan handphone belum tentu lagi mahir. Kalau nak diceritakan tentang tips pengjagaan handphone memang banyak. Hari ni saya nak kongsi pengetahuan sikit tentang bagaimana sekiranya handphone kita dimasuki air. Tak kira la handphone jatuh dalam air,anak hisap-hisap handphone,tertumpah air cappucino kat handphone ke atau sewaktu dengannya.

Mengimbau kenangan 3310 ni

Masih ingat lagi handphone Nokia 3310 yang pernah menjadi trend handphone takde straw antena? Tapi itu 15 tahun lepas. Sekarang dah jadi legend Nokia ni. Zaman Android, Ios dan sebagainya menguasai dunia telekomunikasi. Symbian dah tak zaman kot? Sorry mr.Nokia. KAu tetap legend dihati rakyat Malaysia.

Ok la berbalik kepada topik yang asal. Apa perlu kita buat sekiranya handphone masuk air? Saya pasti ramai yang mengalami masalah ni. Apa yang mereka buat terus ke kedai dan dikenakan bayaran tinggi untuk membaiki handphone tersebut sedangkan kita boleh buat sendiri dirumah.

  1. Matikan ( OFF ) handphone dengan segera.
  2. Cabutkan bateri handphone dan letakkan ditempat kering.
  3. Dapatkan Pemutar Screw ( Screw Driver) di kedai hardware.(Pemutar screw handphone ada pelbagai saiz)
  4. Buka Casing Handphone dengan hati-hati supaya tak merosakkan bahagian dalaman handphone
  5. Keringkan Board handphone menggunakan Hairdryer. ( Jangan terlalu panas ye kang cair pulak)
  6. Pasang semula casing setelah anda pastikan handphone betul-betul sudah kering
  7. Pasang semula bateri dan boleh digunakan seperti sediakala

    Jangan Handphone jd sampai kering macam ni pulak

Sekiranya korang susah untuk mendapatkan Screw Driver untuk handphone, korang boleh cuba keringkan tanpa membuka casing handphone tapi makan masa sikit la. Yang penting sekali bila handphone masuk air, jangan sesekali cuba On phone kita. Pastikan di OFF dahulu dan betul-betul kering baru boleh digunakan semula. Kalau tak paham macam mana nak buat boleh tanya saya. Takde hal. Nantikan tips handphone pada entri seterusnya.

Harga Berpatutan Di Restoran Rakyat 1 Malaysia

Sejak Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelima, macam-macam perubahan yang telah dilakukan oleh beliau. Paling utama adalah prinsip 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh beliau. Segala-galanya 1 Malaysia. Bantuan Rakyat 1 Malaysia, semangat 1 Malaysia dan sebagainya. Memang bagus idea ni dikeluarkan oleh PM kita kerana kita perlu mengekalkan keharmonian dikalangan rakyat Malaysia. Salah satu perkara yang paling menarik perhatian saya adalah Restoran Rakyat 1 Malaysia.

Untuk entri kali ni saya nak berkongsi sedikit tentang restoran 1 Malaysia. Pasal makan memang menarik la. Hehe. Restoran Rakyat 1 Malaysia ni diperkenalkan untuk meringankan beban rakyat. Jika sebelum ni kita sarapan pagi paling kurang belanjanya mesti RM3 ke atas dan makan tengah hari RM5 keatas. Jadi Pita telah kita telah memperkenalkan Restoran Rakyat 1 Malaysia ni bagi mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat Malaysia. Saya sungguh tertarik dengan idea ni kerana harga yang ditawarkan amat berpatutan. Saya sangat sayang PM kita. Hehe.

Harga yang ditawarkan oleh Restoran Rakyat 1 Malaysia bagi sarapan bagi adalah diantara RM1 – RM2 untuk sekali makan. Menu untuk sarapan pagi adalah roti canai / 3 kuih muih beserta teh tarik. Murah dah tu jika dibanding dengan kedai makan biasa. Rasanya memang itu la menu yang selalu rakyat Malaysia makan untuk sarapan pagi. Saya pun sarapan dengan menu yang sama walaupun bukan setiap hari menu yang sama. Ok untuk makan tengah hari pula harganya maksimum RM4.oo. Menu yang ditawarkan adalah nasi putih + 1 Lauk + sayur + teh o. Nampak dah cukup menu macam tu pada pandangan saya. Kalau nak lebih takut bankrap pulak peniaga tu. Kita kena ambil kira kos barang mentah dipasaran pada zaman sekarang. So boleh dikira murah dan memuaskan. Saya belum pernah cuba makan tengah hari, hanya sarapan pagi sahaja yang pernah saya cuba.

Setakat ini saya dengar banyak yang berpuashati dengan harga untuk makanan di Restoran Rakyat 1 Malaysia. Mungkin 1 hari nanti saya berkesempatan untuk mencuba makan tengah hari di Restoran Rakyat 1 Malaysia. Kalau ada kawan-kawan nak belanja pun kira ok jugak kan? Hehe.  Diharapkan nanti lebih banyak la restoran-restoran 1 Malaysia ni wujud. Takdela belanja harian kita jadi tinggi. Dapat juga la nak menabung.

1 Malaysia……