Makan Gaji Atau Kerja Sendiri?

Mana Yang Anda Pilih??

     Naik,naik,naik,naik,naik dan naik lagi. Hadoish dunia oh dunia. Makin hari makin tinggi kos hidup. Saya rasa ramai jugak yang berperasaan macam saya kan? Pada pendapat saya, selagi makan gaji memang ini la masalah no. 1 yang akan kita rasa. Kalau bekerja sendiri saya kurang pasti la macam mana rasanya tapi mungkin selesa sikit kalau lebih usaha. Makan gaji ni kita terhad dan terikat untuk membuat kerja lebih. Itu pendapat saya la.

     Saya juga makan gaji dan rasa masalah kewangan memang agak membebankan. Kawan-kawan saya ada yang bekerja sendiri dan nampak agak selesa pendapatan mereka berbanding saya. So dari situ saya berpendapat bekerja sendiri boleh bagi kita pendapatan lebih. Sebagai contoh, kalau kita seorang peniaga, kita akan sentiasa berusaha keras untuk mendapat pendapatan harian mengikut target yang kita telah tetapkan. Berbeza dengan makan gaji, agak kurang untuk berusaha dan cara pemikiran juga sangat berbeza. Idea serta berfikir cara untuk mendapat wang kurang bernas berbanding bekerja sendiri.

Fikir dan terus berfikir

     Jika kita mempunyai syarikat atau berniaga,kita akan cuba untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan. Tetapi sebaliknya berlaku sekiranya bekerja makan gaji, walaupun telah berusaha dengan idea untuk meningkatkan perniagaan syarikat bos kita, adakah bos akan membalas  dengan setimpal jasa dan idea yang anda berikan? Anda juga mungkin akan mengalami masalah tekanan di tempat kerja apabila mendapat boss yang BOSSY. Wah ni paling ngeri sekali kalau dah terjebak ngan Encik BOSSY. Cekak pinggang,tuding jari,tinggi suara dan lain-lain lagi adalah sifat utama Si Bossy. Masa tu baru la kita terfikir nak tukar kerja atau pun berniaga sendiri. Tapi itu la yang perlu dihadapi oleh setiap orang yang makan gaji. Dapat gaji pun kecik je tapi kerja kena buat macam dibayar 10 ribu sebulan. Cuba kalau kerja sendiri? Tekanan nak mengadap BOSSY dapat dielakkan. Boleh bekerja ikut masa yang sesuai dengan kita. Takde kena marah datang lambat, kejar masa bila dah tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Arrrggghhh tensionnya!!!

Takut tak bos mcm ni punya bengis?

     Rasa nak lari laju-laju kalau dapat bos macam gambar kat atas tu. Dahla tension pergi – balik kerja jalan jem, kat office pulak jumpa harimau Malaya lapar. tak senang duduk dibuatnya. So adalah lebih baik kita mula memikirkan jalan terbaik untuk masa depan kita. Kalau kita jenis tak boleh bekerja di bawah tekanan lebih baik lah berusaha cari kerja sendiri,kalau ada kebolehan tahan maki boleh la terus berkhidmat dengan si Bossy. Semua tu terletak ditangan masing-masing. Apa pun pekerjaan kita yang penting biarlah yang tidak menyalahi hukum agama dan undang-undang. Hidup Perlu Dinikmati Dengan Sepenuhnya.

P/s: Saya Juga Benci Bos Saya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s