Percubaan Pertama Ku

     Salam 1 Malaysia semua. Kepada yang sudi baca blog saya ni, terlebih dahulu saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawanku semua (walaupun tak bersua empat mata, kawan tetap kawan). Untuk pengetahuan kawan-kawanku semua, ini adalah percubaan pertama saya dalam dunia blogging. Satu saja niat saya berblogging adalah untuk mencari kenalan disamping berkongsi ilmu,pengalaman dan cerita.

     Agak menggeletar jugak la nak create walau satu artikel ni. Macam-macam perasaan ada dah ni,malu,takut kena Bahan dan yang paling tak best bila kene cop syok sendiri nanti. Harap-harap takde la kawan-kawan yang baca blog saya cakap macam tu. Artikel ni rasa amat penting bagi saya kerana saya memerlukan komen dari kawan-kawan semua. Wah macam ayat cerita sedih pulak. Hehe. Yela feedback dari otai-otai blogger ni penting.mana yang elok boleh la dijadikan panduan berguna untuk berblogging sampai bila-bila.

Rasa kerdil di dunia blog

     Rasanya ni hari kedua buat artikel ni. Malam first buat dah sangkut takde idea nak menaip so sambung saja la hari idea datang (kononnya la). Saya ni kalau bersembang face to face tu memang ada je idea nak bercakap walaupun baru kenal. Tapi dalam blog rasa macam kaku pulak. Ada tak tips mengurangkan gemuruh ketika berblogging??? Hehe. Banyak dah menjenguk blog-blog orang lain untuk menimba ilmu dari segi bercerita dalam blog. Antaranya blog saudara Khai, Irfan Khairi dan sebagainya. Irfan Khairi seperti yang kita sedia maklum, seorang usahawan berjaya dan boleh dijadikan idola. Blog saudara Khai pulak banyak info dan tutorial untuk blogger dan macam-macam lagi. Saya suka membaca blog berliau kerana cara bercerita seolah-olah bersembang 4 mata. Huhu

     Sebelum gunakan WordPress ni, saya ada blog di Blogspot,tapi tu semua saya dah delete sebab nak tumpu guna WordPress je. Semua ni berlaku selepas saya membaca blog JustKhai yang banyak tutorial berkaitan WordPress. Ternyata memang best guna WordPress ni berbanding Blogspot. Insyaallah dalam masa terdekat ni saya akan beli Domai dan Hosting pulak. Mana la tau semangat makin naik bila dah ada Domain dan Hosting sendiri kan?

Sokongan Keluarga dan Anda Amat ditagih

     Harap-harap minat untuk berblogging saya ni akan berterusan dan dapat berkongsi apa saja dengan rakan-rakan yang lain sampai bila-bila. Peace#

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s