Palace Of The Golden Horses Yang Menarik

Syoknya hujung minggu ni. Kebetulan baru baik dari demam dan selesema, pastu dapat pulak peluang melawat 1 Palace Of The Golden Horses. Kalau takde invitation dah tentunya saya tak kan dapat round 1 tempat tuh. Almaklum saja la tempat yang bertaraf 6 Bintang macam tu mana la mampu insan yang berpendapatan sederhana macam saya ni nak masuk ye tak? Dengar nama pun dah goyang lutut nak masuk.hehe.

Sebenarnya saya ada terima panggilan jemputan untuk menjadi ahli Palace Of The Golden Horses. Apa yang dijanjikan mereka cuma datang dengar presentation selama 1jam pastu diorang bagi bilik hotel pilihan sama ada di Kajang, Langkawi, Port Dickson dan Cameron Highland untuk 2 hari 1 malam. So saya dengar macam tu terus setuju je la. Benda free kan,ambil je la.hehe. Dari panggilan tu saya dapat rasa ni mesti suruh join club dengan bayaran yang tinggi. Jadi sebelum pergi dengar presentation diorang tu saya persiapkan kekuatan mental supaya berjaya menepis godaan diorang untuk join club tu dan misi UTAMA dapatkan bilik yang free seperti yang dijanjikan.Haha.

Setelah tiba di Lobby Palace Of The Golden Horses tu saya dengan terpinga-pinga cari orang yang tunggu. Dalam 5 minit baru la muncul orang yang berjanji tu. First tempat yang di bawa adalah tempat makan. Apa lagi ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, saya dengan tak malunya makan bihun goreng yang disediakan. Ngam-ngam abis kunyah bihun yang last tu terus di ajak round 1 Palace tu. Nampak sangat tak sabar nak suruh saya join Club diorang tu. Saya dibawa ke Gim dan Pool Palace Of The Golden Horses. Tempatnya memang lawa la. Katanya kalau dah jadi member boleh layan gim dengan seimming pool tu hari-hari.Memang terbaik tawaran tu. Apa kan tidak Maintenance fee diorang RM438 setahun.Rugi la kalau tak main hari-hari. Tapi saya tetap dengan niat asal tak nak join Club ni..Kuat kan iman.

Lepas puas berada di Gim dan Swimming Pool tu saya dibawa ke tempat rawatan. Kira macam hospital la dekat Palace ni/ Memang gempak tempat diorang.Siap dengan hospital apa semua bagai. Sambil pegawai tu tunjuk-tunjuk tempat tuh dia cakap check up boleh buat free dekat situ kalau kita tukar dengan bilik yang free 7 hari setahun diorang bagi dekat member. Adoi hampir lagi terjerumus sebab peralatan hospital diorang memang yang terbaru. Dah habis pusing dekat hospital diorang, saya di bawa untuk menaiki bot pusing tasik The Mines. Best ni sebab naik free. Bot tu ada 30 minit sekali. So kena la menunggu untuk naik. Tunggu punya tunggu tak sampai 5minit hujan turun punya la lebat.Kitorang terus berlari masuk ke Gim semula yang sememangnya ada 2 orang india suami isteri sedang bersenam.

Nak dijadikan cerita, Pegawai yang bawa saya pergi ke tandas dan tinggal la saya dengan 2 orang india tu tadi. tiba-tiba lelaki india tu tanya saya baru nak join club tu ke? Saya pun jawab taknak join pun, just nakkan bilik free yang diorang janjikan. Lelaki India tu tadi cakap bagus sebab dia pn dah menyesal join. Dah 3 tahun join baru first time guna. Pulak tu barang dia ada yang rosak-rosak sikit.hehe. Saya pun try la tanya berapa harga nak join club tu, sekali lagi saya terperanjat khinzir beruk, untuk Gold member RM25,000.00 dan Platinum RM40,000.00. Perrgh memang jahanam poket kalau join ni.

saya dibawa pual ke bilik yang layak untuk member yang join club tu. Sekali lagi terbeliak bijik mata saya tengok bilik tu. Memang lawa habis la dalam bilik tu. Saya tak dibenarkan ambik gambar. Kalau tak memang kita boleh kongsi tengok la bilik-bilik tu memang lawa. 2 buah bilik saya dibawa oleh pegawai tu. Yang 1st tu berharga RM799.00 dan yang kedua berharga lebih kurang RM3,500.00. Patut la gambar-gambar yang ada kat lobi tu sya tengok semua v.v.i.p je. Harga bilik pun dah main ribu-ribu.

Dipendekkan cerita hari tu memang saya tak dapat naik bot sebab hujan dan kami terus ke bilik perbincanganuntuk join club. Saya yang dah tau harga dan menunggu untuk dapat baucer bilik free hanya berlakon cool bial dia sebut harga untuk join club tu.Haha. Kalau india tu tak bagitau awal-awal mau terkencing saya dengar. Lebih kurang 30 minit jugak la dia ayat saya untuk join,tapi dengan jiwa yang kental saya tetap tak mau join. Yang saya nak hanyalah  baucer penginapan yang free tuh.Hehe. Dengan perasaan bengang dia terpaksa mengalah jugak dengan saya. Senyum je la saya balik bawa baucer free tu. Nanti kalau ada lagi jangan serik panggil saya ye.

P/s: Korang join je apa yang orang janji bagi free, tapi kena kental semangat la cakap TAKNAK. Hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s