Coretan Pertama Tahun 2012

Assalamualaikum semua. Rasa semangat lebih pulak bila dah masuk tahun 2012 ni. Tapi idea nak buat entri ni tak kunjung tiba lagi. So korang semua ni baca la apa yang ada untuk post pertama 2012 ni. Apa azam korang agak-agaknya tahun baru ni? Kalau saya azam nak beli rumah dan memiliki sama ada iPad ataupun Samsung Galaxy Tab. Rasa-rasanya azam yang kedua tu boleh tercapai dulu la kot sebab tak payah nak bual loan. Hehe.

Saya banyak bertanya orang dan Google mengenai iPad dan Samsung Galaxy Tab. Ye la kan sebelum beli kena la study dulu barang mana yang bagus. Jangan dah beli baru nak menyesal pulak. Apa yang saya titik beratkan masa nak beli gajet ni adalah Spec seperti memori, Berat, Software dan macam-macam lagi

Setelah perbandingan dibuat, inilah hasil kajian saya seorang saintis komputer( perasan pulak). Untuk Samsung Galaxy Tab , Screen sentuh nya jauh lebih kecil dari Ipad. Tetapi mempunyai keberatan lebih kurang separuh lebih ringan dari iPad iaitu 380 gram. Dari segi harga sudah tentu la jauh lebih murah Samsung Galaxy Tab berbanding iPad. Jadi?? Hehe

Dari segi spec lain, Samsung Galaxy tab lebih baik dari Ipad (Sorry penggemar Apple. Saya just buat perbandingan). Samsung Galaxy Tab boleh buat panggilan seperti handphone dan juga panggilan video tetapi tidak pada iPad. Ala-ala handphone besar la Tab ni. So kalau dah beli Tab tak perlu la kita nak beli handphone lagi. All in 1.

Perbezaan lain yang lebih ketara adalah Operating System ( OS). Samsung Galaxy Tab menggunakan OS Android yang jauh lebih murah berbanding iPad yang menggunakan  IOS sebagai OS. Erm kiranya Tab ni kita boleh la download software macam-macam yang kebanyakannya percuma.

Akhir kata, tepuk dada tanya selera. Sekarang saya dah tepuk dada banyak kali tak dapat jawapan pun lagi. Korang tolong tepuk dada pastu bagi jawapan kat saya boleh tak? hehe

Selamat Tahun Baru 2012 

Domain Dan Hosting Nak Beli Ke Tak Ni?

ingin menggenggam Domain sendiri

Ramai dah orang saya tanya. Banyak dah ebook dengan google baca tapi masih lagi tak dapat jawapan. Bila sesekali fikir memang nak beli,bila fikir balik macam tak nak beli. Kalau ada sokongan dari kawan-kawan mungkin boleh dapat jawapan kot. Ok cukup dah merepek sorang-sorang ni. Entri kali ni nak minta pendapat kat kawan-kawanku yang baik hati.

Cerita dia macam ni. Saya memang berminat sangat nak beli domain denagn hosting sendiri. Masalahnya sekarang saya tak tahu mana 1 hosting yang baik dengan harga yang berpatutan. Yang keduanya pulak, saya masih ‘blur’ lagi macam mana nak dapat ramai kawan-kawan masuk ke blog saya. Bila fikir semua tu perasaan dah berbelah bahgi pulak. Semangat nak berblogging tu memang tinggi. Cuma langkah permulaan agak tempang sikit sebab tak tahu nak mula dari mana. Banyak baca blog orang lain cakap start guna wordpress, so dengan penuh berkobar semangat bukak akaun wordpress dan terus mula mencari bahan untuk ditulis.Gaya penulisan tak tahu la orang suka baca ke tak tapi saya terus je la cuba.

Permulaan guna WP ni memang goyang habis. Knowledge zero pasal WP, saya gagahkan jugak belajar gune WP ni sebab banyak blogger cakap lebih KICK guna WP dari Blogspot. Hakikatnya memang best guna Wp ni berbanding Blogspot. Dari WP ni semangat makin menjadi-jadi nak beli domain dan hosting sendiri. Baru kita lebih serius dalam dunia blogging ni. Sampai ke hari ni masih lagi saya mencari hosting yang baik dan berpattan harganya dan ada sifu yang sudi mengajar insan kerdil macam saya nih. Dari apa yang saya faham,blog dari wordpress ni boleh terus dimasukkan ke domain sendiri. Tapi caranya saya tak tahu la pulak.  So saya harap ada la yang sudi nak tolong saya

P/s : Yakin blogger Malaysia tak kedekut ilmu.

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Kembali Ke Zaman Bodek?

Hai semua, susah jugak nak tulis blog ni sebenarnya. Baru saya rasa kepayahan seorang Fulltime Blogger mencari topik untuk ditulis dalam blog..Fuuuhhh saya puas perah otak nak dapat cerita-cerita yang boleh dikongsi dengan kawan-kawan semua. Fikir punya fikir, guling punya guling pun tak dapat-dapat lagi. Salute pada semua blogger-blogger kat Malaysia. Ok hari ni saya nak cerita sikit pasal Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang tengah hangat dibincangkan baik kakitangan kerajaan,Cuepacs mahupun kakitangan swasta. Apa yang menarik sangat topik ni? Pssst…. dengarnya sistem ni ada unsur-unsur kembali ke zaman bodek membodek nih.heheh

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam @ Kembali Membodek Bos??

Sebenarnya saya tertarik dengan topik satunya sebab ramai diantara saudara mara,adik beradik,pakcik makcik,kawan-kawan,musuh-musuh dan bloger-bloger (ada ke?) yang bekerja di sektor awam. Sebelum apa-apa saya nak ucapkan tahniah la kat korang semua sebab dah dapat naik gaji. Bukan sikit kenaikan gaji diorang semua, paling rendah lebih kurang RM200 jugak la kenaikan. Boleh la belanja saya makan nanti ea?hehe. Lepas ni harapnya meningkat jugak la hasil kerja kakitangan awam. Takde la segala-galanya lambat.(Bagi saya servis kakitangan awam ok je). Sistem baru ni jugak memerlukan kakitangan awam memilih untuk bersara umur 60 tahun. Boleh ke lagi agaknya engineer,juruteknik atau yang kerja luar yang berat-berat tu bertahan buat kerja sampai umur 60?  Rasa saya kene pakai tongkat la kot pegi SITE. hehe.

Dengan adanya sistem SBPA ni, secara automatik sistem lama telah dihapuskan. Jika sebelum ni mereka yang memilih untuk bersara pada umur 58 tahun, terpaksa menunggu sehingga 60 tahun untuk bersara tetapi masih boleh berpencen 58 tahun dan ada kiraan untuk bayaran pencen. Kerajaan bukan lah kejam sangat rasanya. So pada yang tak nak pilih SBPA disarankan bersara awal. So elok la pilih je 60 tahun ni,kalau dah tak larat sangat boleh la resign awal sikit. Pencen pun boleh dapat lagi. Takde masalah sangat tentang pencen. Cuma ada masalah lain yang akan timbul bila memilih SBPA ni. Agak menakutkan jugak la.

Sistem SBPA memperkenalkan gred gaji baru, cara kenaikan pangkat baru dan kenaikan gaji tahunan baru. Apa yang saya faham tentang SBPA ni, ada kebanyakan gred jawatan telah dijumudkan. Sebagai contoh pemandu dinaikan gred dan boleh membuat kerja-kerja pejabat. Selain tu, untuk kenaikan gaji tahunan kalau dahulunya gaji akan naik seperti biasa setiap tahun selagi kita tidak dikenakan apa-apa tindakan tatatertib tetapi sistem SBPA sekarang BOS yang memutuskan untuk kenaikan gaji tahunan pegawai yang dinilai. Contohnya Sekiranya markah penilaian tahunan penjawat awam tidak melepasi 75%, mereka tidak dapat kenaikan gaji tahunan tetapi mereka boleh membuat rayuan untuk dinilai semula oleh pihak kementerian. Sekiranya markah masih lagi di bawah 75%, mereka boleh merujuk JPA untuk membuat penilaian terakhir dan jika masih menerima keputusan yang sama mereka boleh diberhentikan kerja. Sekarang ni takde dah istilah kerja kerajaan secure dan susah untuk dibuang.hehe. Bagi bos pulak, mereka juga tak terlepas dari hukuman yang sama sekiranya mereka tidak mendapat outcome yang ditetapkan oleh sesebuah kementerian. So bos kena la baik-baik dengan anak buah buat kerja lebih untuk capai target kan?hehe.

Kalau dah markah tahunan diberi oleh bos untuk kenaikan gaji dan kenaikan pangkat apa yang akan jadi? sistem membodek,mengipas,mengampu dan seangkatan dengannya kembali lagi. Sistem sebelum ni semua perlu menghadiri kursus dan peperiksaan untuk kenaikan pangkat tetapi sekarang hanya perlu mengipas dan membodek je la. Lepas ni makin banyak la acara berlari dalam office,acara mengangkat beg bos ramai-ramai,mengambil air minuman bos,membeli makanan bos dan menyuap makanan ke mulut bos (melampau dah tu,bini bos marah nanti). SBPA mungkin akan disukai oleh para-para pembodek terhebat di sesetengah pejabat tetapi menjadi kesukaran kepada pekerja-pekerja yang jujur dan lurus buat kerja (ada lagi ke macam tu punya pekerja??). Kalau korang yang lurus tu terus meluruskan diri bila kerja,nampak gayanya sampai pencen la korang duduk kat level yang sama. Kepada kaki-kaki bodek tu cepat la naik pangkat.haha.

p/s: kalau korang kerja bagus tapi dibenci bos memang susah la.kesimpulannya jangan jadi pengampu tapi jadi pekerja yang disayangi bos.

Kemalangan Kereta Paling Mahal Di Jepun

     Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kawan-kawan. Hari ni mood tak berapa stabil tapi masih mencuba buat artikel dan menambahkan kemahiran saya menulis blog. Kate pepatah Usaha Tangga Kejayaan kan? Haha cukup la kot melalut sorang-sorang intro artikel ni. Jom ke topik yang asal iaitu Kemalangan Kereta Paling Mahal Di Jepun.

     Pada 4 Disember 2011 Jepun telah dikejutkan dengan kemalangan kereta yang paling mahal. Maksud mahal bukannya hanya sebuah kereta yang mahal kemalangan tetapi melibatkan 14 buah kenderaan di Lebuhraya Chugoku ( bukan Goku Dragon ball ok?). Kereta apa yang terlibat? Hah ni yang tak sampai hati nak tulis nih. 8 buah Ferrari (termasuk Ferrari kegemaran saya F430 Scuderia) ,sebuah  Lamborghini, sebuah Toyota prius dan 3 buah Mercedes – Benz. Mewahnya kemalangan kat Jepun ni. So jumlah keseluruhan kemalangan ni bernilai RM12.4 juta.

     Menurut apa yang saya baca di internet, konvoi kereta Ferrari ni sebanyak 20 buah. Kiranya memang tengah seronok habis la ni rasanya kot. Kalau konvoi kereta kat Malaysia ni Habis laju pun 80-110 km/jam tapi konvoi ferrari ni mencecah 140-160km/jam di kawasan had laju 80km/jam. Hehe tula bezanya kereta mewah berkonvoi dengan kereta biasa berkonvoi. Dah beli kereta mahal-mahal dah semestinya akan speed sebab memandu kereta Ferrari akan berasa  puas bila kereta dipandu laju.  Kemalangan ni berpunca daripada ketua konvoi terbabas akibat memandu laju dalam keadaan jalan basah. Kereta dah hilang kawalan la tu. Akibatnya geng-geng dia yang belakang tak sempat mengelak dan terus sondol menyondol antara satu sama lain.Hehe. Kalau diorang je terlibat consider ok la tapi Lamborghini dengan Mercedes Benz pn terbabit sekali. Paling sedih Toyota Prius pun kena skali.

 kesian

     Tengok gambar-gambar kemalangan ni nampak teruk tapi takde kematian langsung. Ni la akibatnya seronok sangat bila dah memandu ramai-ramai. Masing-masing nak menunjuk power pastu dah jadi kemalangan. Lepas ni teruk la Engineer Ferrari nak siasat sama ada kemalangan berpunca dari pemandu atau pun kesilapan teknikal pada kereta. Apa yang saya tahu,kereta-kereta mewah yang terlibat dalam kemalangan yang teruk, pihak pengeluar kereta akan menghantar Pakar-Pakar mereka menyiasat pada kereta tu. Macam yag terjadi pada pakcik saya,kereta Merc pakcik saya terbalik kat highway, engineer Merc datang study kereta tu macam mana boleh terbalik. Jangan tanya saya dari mana pulak datang engineer tu saya pun kurang pasti. Saya cerita apa yang pakcik saya cerita kat saya je. Hehe.

     Peringatan kepada kawan-kawan semua, walau semahal mana kereta,walau semahal mana tayar,walau sehebat mana sistem kereta tapi dengan hanya air hujan boleh membuang semua ego kereta-kereta mewah ni semua. Jadi mana yang anda pilih? kenderaan mewah atau pun pemanduan yang berhemah?hehe

Yeah Saman Dia

     P/s: Naik je kereta lembu.takla accident juta-juta habis

Makan Gaji Atau Kerja Sendiri?

Mana Yang Anda Pilih??

     Naik,naik,naik,naik,naik dan naik lagi. Hadoish dunia oh dunia. Makin hari makin tinggi kos hidup. Saya rasa ramai jugak yang berperasaan macam saya kan? Pada pendapat saya, selagi makan gaji memang ini la masalah no. 1 yang akan kita rasa. Kalau bekerja sendiri saya kurang pasti la macam mana rasanya tapi mungkin selesa sikit kalau lebih usaha. Makan gaji ni kita terhad dan terikat untuk membuat kerja lebih. Itu pendapat saya la.

     Saya juga makan gaji dan rasa masalah kewangan memang agak membebankan. Kawan-kawan saya ada yang bekerja sendiri dan nampak agak selesa pendapatan mereka berbanding saya. So dari situ saya berpendapat bekerja sendiri boleh bagi kita pendapatan lebih. Sebagai contoh, kalau kita seorang peniaga, kita akan sentiasa berusaha keras untuk mendapat pendapatan harian mengikut target yang kita telah tetapkan. Berbeza dengan makan gaji, agak kurang untuk berusaha dan cara pemikiran juga sangat berbeza. Idea serta berfikir cara untuk mendapat wang kurang bernas berbanding bekerja sendiri.

Fikir dan terus berfikir

     Jika kita mempunyai syarikat atau berniaga,kita akan cuba untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan. Tetapi sebaliknya berlaku sekiranya bekerja makan gaji, walaupun telah berusaha dengan idea untuk meningkatkan perniagaan syarikat bos kita, adakah bos akan membalas  dengan setimpal jasa dan idea yang anda berikan? Anda juga mungkin akan mengalami masalah tekanan di tempat kerja apabila mendapat boss yang BOSSY. Wah ni paling ngeri sekali kalau dah terjebak ngan Encik BOSSY. Cekak pinggang,tuding jari,tinggi suara dan lain-lain lagi adalah sifat utama Si Bossy. Masa tu baru la kita terfikir nak tukar kerja atau pun berniaga sendiri. Tapi itu la yang perlu dihadapi oleh setiap orang yang makan gaji. Dapat gaji pun kecik je tapi kerja kena buat macam dibayar 10 ribu sebulan. Cuba kalau kerja sendiri? Tekanan nak mengadap BOSSY dapat dielakkan. Boleh bekerja ikut masa yang sesuai dengan kita. Takde kena marah datang lambat, kejar masa bila dah tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Arrrggghhh tensionnya!!!

Takut tak bos mcm ni punya bengis?

     Rasa nak lari laju-laju kalau dapat bos macam gambar kat atas tu. Dahla tension pergi – balik kerja jalan jem, kat office pulak jumpa harimau Malaya lapar. tak senang duduk dibuatnya. So adalah lebih baik kita mula memikirkan jalan terbaik untuk masa depan kita. Kalau kita jenis tak boleh bekerja di bawah tekanan lebih baik lah berusaha cari kerja sendiri,kalau ada kebolehan tahan maki boleh la terus berkhidmat dengan si Bossy. Semua tu terletak ditangan masing-masing. Apa pun pekerjaan kita yang penting biarlah yang tidak menyalahi hukum agama dan undang-undang. Hidup Perlu Dinikmati Dengan Sepenuhnya.

P/s: Saya Juga Benci Bos Saya

Percubaan Pertama Ku

     Salam 1 Malaysia semua. Kepada yang sudi baca blog saya ni, terlebih dahulu saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawanku semua (walaupun tak bersua empat mata, kawan tetap kawan). Untuk pengetahuan kawan-kawanku semua, ini adalah percubaan pertama saya dalam dunia blogging. Satu saja niat saya berblogging adalah untuk mencari kenalan disamping berkongsi ilmu,pengalaman dan cerita.

     Agak menggeletar jugak la nak create walau satu artikel ni. Macam-macam perasaan ada dah ni,malu,takut kena Bahan dan yang paling tak best bila kene cop syok sendiri nanti. Harap-harap takde la kawan-kawan yang baca blog saya cakap macam tu. Artikel ni rasa amat penting bagi saya kerana saya memerlukan komen dari kawan-kawan semua. Wah macam ayat cerita sedih pulak. Hehe. Yela feedback dari otai-otai blogger ni penting.mana yang elok boleh la dijadikan panduan berguna untuk berblogging sampai bila-bila.

Rasa kerdil di dunia blog

     Rasanya ni hari kedua buat artikel ni. Malam first buat dah sangkut takde idea nak menaip so sambung saja la hari idea datang (kononnya la). Saya ni kalau bersembang face to face tu memang ada je idea nak bercakap walaupun baru kenal. Tapi dalam blog rasa macam kaku pulak. Ada tak tips mengurangkan gemuruh ketika berblogging??? Hehe. Banyak dah menjenguk blog-blog orang lain untuk menimba ilmu dari segi bercerita dalam blog. Antaranya blog saudara Khai, Irfan Khairi dan sebagainya. Irfan Khairi seperti yang kita sedia maklum, seorang usahawan berjaya dan boleh dijadikan idola. Blog saudara Khai pulak banyak info dan tutorial untuk blogger dan macam-macam lagi. Saya suka membaca blog berliau kerana cara bercerita seolah-olah bersembang 4 mata. Huhu

     Sebelum gunakan WordPress ni, saya ada blog di Blogspot,tapi tu semua saya dah delete sebab nak tumpu guna WordPress je. Semua ni berlaku selepas saya membaca blog JustKhai yang banyak tutorial berkaitan WordPress. Ternyata memang best guna WordPress ni berbanding Blogspot. Insyaallah dalam masa terdekat ni saya akan beli Domai dan Hosting pulak. Mana la tau semangat makin naik bila dah ada Domain dan Hosting sendiri kan?

Sokongan Keluarga dan Anda Amat ditagih

     Harap-harap minat untuk berblogging saya ni akan berterusan dan dapat berkongsi apa saja dengan rakan-rakan yang lain sampai bila-bila. Peace#