Pelan Baru Dari Maxis – Internet, Sms Dan Waktu Bercakap

Salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan. Semakin hari semakin rancak persaingan syarikat-syarikat telekomunikasi di negara kita yang tercinta ni. Baik Maxis, Digi mahupun Celcom masing-masing memasang strategi dan pelan untuk menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan mereka. Bagi saya ianya adalah persaingan sihat  dan menguntungkan pengguna. Hehe. Bila diorang bersaing secara tidak langsung mereka akan cuba menawarkan pelan yang murah dan berbaloi. Saya selaku pengguna Maxis yang setia amat tertarik dengan pelan yang baru mereka tawarkan. Pelan yang saya maksudkan adalah Value Plus Internet.

Sebelum pelan baru ni diperkenalkan, saya telah menggunakan pelan Maxis 50. Apa yang dapat hanyalah panggilan serendah rm0.18 seminit dan sms RM0.05. Masa pusing-pusing hujung minggu ternampak pelan baru Maxis iaitu Value Plus Internet. Pelan ni menawarkan internet, sms dan waktu bercakap percuma mengikut pelan yang di ambil.

Sebagai contoh saya sebelum ni menggunakan pelan 50 dan telah bertukar ke Value Plus Internet (VPI) 50. Selain VPI 50, VPI 80 dan VPI 30 juga ditawarkan. Bagi VPI80, plan ni bagi free internet 500MB sebulan. Selain itu percuma sms ke semua operator sebanyak 300 dan panggilan juga ke semua operator sebanyak 300 minit. Bagi VPI50 pula 250MB internet, 100Minit beserta 100 sms setiap bulan. Pelan yang terakhir VPI30 pula 250MB , 50min dan 50 sms. Untuk pelan 30 tu sesuai utk Supplementary line dan tambahan untuk main line dan suplementary line  percuma 900 min dan 1500 sms. Hebat tak?

So bagi yang nak layari internet guna handphone tu boleh la tukar ke plan maxis ni. Saya dah guna VPI50 ni dan ternyata berpuas hati. Rasanya ni la plan yang paling baik yang pernah dikeluarkan oleh Maxis. Setakat nak online Facebook tu memang cukup sangat la VPI50 ni. Jangan la korang gatal tangan pegi download lagu macam-macam. Memang takkan cukup la 250MB tu. Silakan guna broadband ataupun WiFi je kat mamak yang berdekatan.

Sekali lagi tahniah kepada Maxis sebab buat plan ni. Baru sekarang rasa berbaloi jadi pengguna Maxis sejak 10 tahun menjadi penunngu tetap dalam rangkaian Maxis nih. Untuk maklumat yang lebih mendalam sila ke website Maxis

Advertisements

Coretan Pertama Tahun 2012

Assalamualaikum semua. Rasa semangat lebih pulak bila dah masuk tahun 2012 ni. Tapi idea nak buat entri ni tak kunjung tiba lagi. So korang semua ni baca la apa yang ada untuk post pertama 2012 ni. Apa azam korang agak-agaknya tahun baru ni? Kalau saya azam nak beli rumah dan memiliki sama ada iPad ataupun Samsung Galaxy Tab. Rasa-rasanya azam yang kedua tu boleh tercapai dulu la kot sebab tak payah nak bual loan. Hehe.

Saya banyak bertanya orang dan Google mengenai iPad dan Samsung Galaxy Tab. Ye la kan sebelum beli kena la study dulu barang mana yang bagus. Jangan dah beli baru nak menyesal pulak. Apa yang saya titik beratkan masa nak beli gajet ni adalah Spec seperti memori, Berat, Software dan macam-macam lagi

Setelah perbandingan dibuat, inilah hasil kajian saya seorang saintis komputer( perasan pulak). Untuk Samsung Galaxy Tab , Screen sentuh nya jauh lebih kecil dari Ipad. Tetapi mempunyai keberatan lebih kurang separuh lebih ringan dari iPad iaitu 380 gram. Dari segi harga sudah tentu la jauh lebih murah Samsung Galaxy Tab berbanding iPad. Jadi?? Hehe

Dari segi spec lain, Samsung Galaxy tab lebih baik dari Ipad (Sorry penggemar Apple. Saya just buat perbandingan). Samsung Galaxy Tab boleh buat panggilan seperti handphone dan juga panggilan video tetapi tidak pada iPad. Ala-ala handphone besar la Tab ni. So kalau dah beli Tab tak perlu la kita nak beli handphone lagi. All in 1.

Perbezaan lain yang lebih ketara adalah Operating System ( OS). Samsung Galaxy Tab menggunakan OS Android yang jauh lebih murah berbanding iPad yang menggunakan  IOS sebagai OS. Erm kiranya Tab ni kita boleh la download software macam-macam yang kebanyakannya percuma.

Akhir kata, tepuk dada tanya selera. Sekarang saya dah tepuk dada banyak kali tak dapat jawapan pun lagi. Korang tolong tepuk dada pastu bagi jawapan kat saya boleh tak? hehe

Selamat Tahun Baru 2012 

Plan Facebook Internet Dari Maxis

Siapa dikalangan kita yang tak tahu Facebook atau tak pernah dengar Facebook? Memang ajaib sangat la kalau ada dikalangan korang tak tahu Facebook atau tak pernah dengar nama Facebook. Laman sosial yang palig top sekarang ni adalah Facebook. Tak kira usia semua dah ada akaun Facebook dimana niat untuk mencari kenalan lama yang terpisah. Korang pun mungkin bersetuju dengan alasan untuk  buka akaun Facebook ni kan? Atau korang ada sebab lain? teeetttt..

Ok saya bukan nak cerita sangat pasal Facebook ni tapi nak cerita pasal Plan Facebook Internet yang disediakan oleh Maxis. Apa yang korang nampak dekat sini adalah betapa popularnya Facebook ni sekarang, sehinggakan Maxis membuat plan khas untuk pengguna maxis melayari Facebook. Apa yang menarik untuk korang yang setia dengan maxis ni adalah charge yang dikenakan memang berpatutan. Dari serendah Rm3 untuk 2 hari dengan quota 1oMB, Rm5 untuk 5 hari dengan quota 25MB dan Rm10 untuk 10 hari dengan quota 75Mb.

Untuk plan ni korang bukan saja buka Facebook, tetapi korang boleh juga buka laman sesawang yang lain asalkan tak melebihi quota yang ditetapkan. Plan ni boleh dikatakan untuk yang menggunakan internet kurang dan bajet yang sesuai untuk pelajar sebenarnya. Perlu diingat sekiranya korang melebih quota yang ditetapkan korang akan di charge rm0.10/10KB. So kena la hati-hati sikit. Untuk Maklumat lanjut boleh klik sini.

Selamat berFacebook Menggunakan Handphone korang.

Apa Nak Buat Bila Handphone Masuk Air?

Memang menyakitkan hati dan risau bila ‘DARLING’ kita rosak atau tak berfungsi dengan baik. Darling yang saya maksudkan adalah Handphone. Zaman sekarang ni boleh dikatakan seorang 1 handphone. Tak kira usia berapa asalkan tahu guna handphone dah boleh pegi kedai beli handphone dari serendah RM80.oo. Itu la zaman teknologi sekarang ni. Untuk entri kali ni bukan saya nak bercerita pasal teknologi ataupun kemampuan kita untuk beli handphone tapi berkaitan tips penjagaan handphone.

Ramai di antara kita hanya tahu guna handphone tetapi pengjagaan handphone belum tentu lagi mahir. Kalau nak diceritakan tentang tips pengjagaan handphone memang banyak. Hari ni saya nak kongsi pengetahuan sikit tentang bagaimana sekiranya handphone kita dimasuki air. Tak kira la handphone jatuh dalam air,anak hisap-hisap handphone,tertumpah air cappucino kat handphone ke atau sewaktu dengannya.

Mengimbau kenangan 3310 ni

Masih ingat lagi handphone Nokia 3310 yang pernah menjadi trend handphone takde straw antena? Tapi itu 15 tahun lepas. Sekarang dah jadi legend Nokia ni. Zaman Android, Ios dan sebagainya menguasai dunia telekomunikasi. Symbian dah tak zaman kot? Sorry mr.Nokia. KAu tetap legend dihati rakyat Malaysia.

Ok la berbalik kepada topik yang asal. Apa perlu kita buat sekiranya handphone masuk air? Saya pasti ramai yang mengalami masalah ni. Apa yang mereka buat terus ke kedai dan dikenakan bayaran tinggi untuk membaiki handphone tersebut sedangkan kita boleh buat sendiri dirumah.

  1. Matikan ( OFF ) handphone dengan segera.
  2. Cabutkan bateri handphone dan letakkan ditempat kering.
  3. Dapatkan Pemutar Screw ( Screw Driver) di kedai hardware.(Pemutar screw handphone ada pelbagai saiz)
  4. Buka Casing Handphone dengan hati-hati supaya tak merosakkan bahagian dalaman handphone
  5. Keringkan Board handphone menggunakan Hairdryer. ( Jangan terlalu panas ye kang cair pulak)
  6. Pasang semula casing setelah anda pastikan handphone betul-betul sudah kering
  7. Pasang semula bateri dan boleh digunakan seperti sediakala

    Jangan Handphone jd sampai kering macam ni pulak

Sekiranya korang susah untuk mendapatkan Screw Driver untuk handphone, korang boleh cuba keringkan tanpa membuka casing handphone tapi makan masa sikit la. Yang penting sekali bila handphone masuk air, jangan sesekali cuba On phone kita. Pastikan di OFF dahulu dan betul-betul kering baru boleh digunakan semula. Kalau tak paham macam mana nak buat boleh tanya saya. Takde hal. Nantikan tips handphone pada entri seterusnya.

Duit Malaysia 2012 Yang Baru

Tahun 2011 hampir ke penghujungnya. Dalam beberapa hari lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Bila masuk tahun baru macam-macam la kita akan dengar semua yang baru-baru je la. Kasut sekolah baru,beg baru,jam tangan baru, handbag baru, kereta baru, rumah baru, isteri baru, ( Boleh ke??), azam baru dan sebagainya. Serba -serbi kalau boleh nak baru. Bila cerita bab azam baru atau tahun baru ni saya susah nak capai apa yang di azam kan. hehe. So tahun 2012 ni malas rasanya nak berazam apa semua bagai. Duduk releks tengok keadaan je la. Ok la hari ni entri saya bukan nak cerita pasal azam baru ke apa, saya nak cerita tentang duit Malaysia yang baru. Dengarnya dari duit syiling sampai ke duit RM100 berwajah baru.

Antara duit baru 2012 – Gambar dari Bernama

Nampaknya warna duit masih lagi sama, cuma beza pada corak-corak sahaja. Duit syiling juga diberi rupa baru untuk tahun 2012. Jika kita tengok duit-duit baru ni, agak meriah jugakkan warna-warna dia. Barulah ceria sikit dalam dompet kita. Walaupun tak berapa ada sangat duit atau mood kurang baik masa tu, boleh la belek-belek dompet kita untuk mententeramkan jiwa kita. Apa yang menarik perhatian saya untuk buat entri ni adalah disebabkan duit RM20 kembali dikeluarkan. Ini kerana duit RM 20 menjadi pengantara duit RM10 dan RM50 yang mana jurangny aagak besar. Duit RM20 penah dikeluarkan suatu masa dahulu dan dihentikan pengeluarannya pada sekitar tahun 1995 kalau tak silap saya. Warna duit RM20 yang baru lebih kurang warna duit RM20 yang lama iaitu warna coklat. Tengok gambar bawah ni yang saya cilok dari Bernama. Terima kasih Encik Bernama..hehe

Duit RM20 – gambar dari Bernama

Saya rasa BAnk Negara Malaysia perlu buat note RM1000 lepas ni untuk orang beli barang-barang yang mahal dengan bawa sekeping duit sahaja.hehe. So sama-sama la kita nantikan duit – duit baru malaysia ni yanag akan dikeluarkan pada bulan Julai 2012 nanti.

P/s : Tengok duit je bukan awek kat belakang duit tu tau.

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Kembali Ke Zaman Bodek?

Hai semua, susah jugak nak tulis blog ni sebenarnya. Baru saya rasa kepayahan seorang Fulltime Blogger mencari topik untuk ditulis dalam blog..Fuuuhhh saya puas perah otak nak dapat cerita-cerita yang boleh dikongsi dengan kawan-kawan semua. Fikir punya fikir, guling punya guling pun tak dapat-dapat lagi. Salute pada semua blogger-blogger kat Malaysia. Ok hari ni saya nak cerita sikit pasal Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang tengah hangat dibincangkan baik kakitangan kerajaan,Cuepacs mahupun kakitangan swasta. Apa yang menarik sangat topik ni? Pssst…. dengarnya sistem ni ada unsur-unsur kembali ke zaman bodek membodek nih.heheh

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam @ Kembali Membodek Bos??

Sebenarnya saya tertarik dengan topik satunya sebab ramai diantara saudara mara,adik beradik,pakcik makcik,kawan-kawan,musuh-musuh dan bloger-bloger (ada ke?) yang bekerja di sektor awam. Sebelum apa-apa saya nak ucapkan tahniah la kat korang semua sebab dah dapat naik gaji. Bukan sikit kenaikan gaji diorang semua, paling rendah lebih kurang RM200 jugak la kenaikan. Boleh la belanja saya makan nanti ea?hehe. Lepas ni harapnya meningkat jugak la hasil kerja kakitangan awam. Takde la segala-galanya lambat.(Bagi saya servis kakitangan awam ok je). Sistem baru ni jugak memerlukan kakitangan awam memilih untuk bersara umur 60 tahun. Boleh ke lagi agaknya engineer,juruteknik atau yang kerja luar yang berat-berat tu bertahan buat kerja sampai umur 60?  Rasa saya kene pakai tongkat la kot pegi SITE. hehe.

Dengan adanya sistem SBPA ni, secara automatik sistem lama telah dihapuskan. Jika sebelum ni mereka yang memilih untuk bersara pada umur 58 tahun, terpaksa menunggu sehingga 60 tahun untuk bersara tetapi masih boleh berpencen 58 tahun dan ada kiraan untuk bayaran pencen. Kerajaan bukan lah kejam sangat rasanya. So pada yang tak nak pilih SBPA disarankan bersara awal. So elok la pilih je 60 tahun ni,kalau dah tak larat sangat boleh la resign awal sikit. Pencen pun boleh dapat lagi. Takde masalah sangat tentang pencen. Cuma ada masalah lain yang akan timbul bila memilih SBPA ni. Agak menakutkan jugak la.

Sistem SBPA memperkenalkan gred gaji baru, cara kenaikan pangkat baru dan kenaikan gaji tahunan baru. Apa yang saya faham tentang SBPA ni, ada kebanyakan gred jawatan telah dijumudkan. Sebagai contoh pemandu dinaikan gred dan boleh membuat kerja-kerja pejabat. Selain tu, untuk kenaikan gaji tahunan kalau dahulunya gaji akan naik seperti biasa setiap tahun selagi kita tidak dikenakan apa-apa tindakan tatatertib tetapi sistem SBPA sekarang BOS yang memutuskan untuk kenaikan gaji tahunan pegawai yang dinilai. Contohnya Sekiranya markah penilaian tahunan penjawat awam tidak melepasi 75%, mereka tidak dapat kenaikan gaji tahunan tetapi mereka boleh membuat rayuan untuk dinilai semula oleh pihak kementerian. Sekiranya markah masih lagi di bawah 75%, mereka boleh merujuk JPA untuk membuat penilaian terakhir dan jika masih menerima keputusan yang sama mereka boleh diberhentikan kerja. Sekarang ni takde dah istilah kerja kerajaan secure dan susah untuk dibuang.hehe. Bagi bos pulak, mereka juga tak terlepas dari hukuman yang sama sekiranya mereka tidak mendapat outcome yang ditetapkan oleh sesebuah kementerian. So bos kena la baik-baik dengan anak buah buat kerja lebih untuk capai target kan?hehe.

Kalau dah markah tahunan diberi oleh bos untuk kenaikan gaji dan kenaikan pangkat apa yang akan jadi? sistem membodek,mengipas,mengampu dan seangkatan dengannya kembali lagi. Sistem sebelum ni semua perlu menghadiri kursus dan peperiksaan untuk kenaikan pangkat tetapi sekarang hanya perlu mengipas dan membodek je la. Lepas ni makin banyak la acara berlari dalam office,acara mengangkat beg bos ramai-ramai,mengambil air minuman bos,membeli makanan bos dan menyuap makanan ke mulut bos (melampau dah tu,bini bos marah nanti). SBPA mungkin akan disukai oleh para-para pembodek terhebat di sesetengah pejabat tetapi menjadi kesukaran kepada pekerja-pekerja yang jujur dan lurus buat kerja (ada lagi ke macam tu punya pekerja??). Kalau korang yang lurus tu terus meluruskan diri bila kerja,nampak gayanya sampai pencen la korang duduk kat level yang sama. Kepada kaki-kaki bodek tu cepat la naik pangkat.haha.

p/s: kalau korang kerja bagus tapi dibenci bos memang susah la.kesimpulannya jangan jadi pengampu tapi jadi pekerja yang disayangi bos.

Shisha Oh Shisha

Hai semua, hari ni tiba-tiba teringat nak buat artikel pasal Shisha atau Hookah. Saya tak pasti sama ada korang semua pernah layan atau tengok benda ni. Eh kalau tengok takkan la tak pernah kan? Rasanya Shisha atau Hookah ni dah lama popular kat Malaysia  ni. Shisha (dalam Persian maksudnya adalah Cermin) dan Hookah (maksudnya waterpipe) ini terkenal di negara-negara Arab dan mereka ni la yang membawa masuk Shisha ke negara kita. Apa lagi secara tak langsung menjadi trend remaja melepak di kedai sambil menShisha. Hehe.

Shisha

Tak kira lelaki ke perempuan, kalau lepak di kedai mamak tu kita boleh tengok mulut berkepol-kepol dengan asap dari mulut diorang. Saya pun pernah juga hisap Shisha ni. Memang feel habis. hehe. Tapi sedih juga la bila tengok ada perempuan layan shisha ni. Time lelaki hisap rokok bukan main tepis-tepis asap dan ada pula yang patahkan rokok. ewah bukan main lagi.

Patah rokok..hehe.

Sekarang bila dah ada shisha, perempuan pun sama banyak asap keluar dari mulut dengan lelaki. Siap ada yang berskill buat’ O’  guna asap shisha lagi. Hehe. Zaman semakin ke penghujung. Walau apa pun alasan kaum hawa nak hisap shisha, memang nampak hodoh bila mana ASAP yang tebal muncul dari muncung korang tuh. Tak Sesuai YOU!!!

perempuan Hisap Shisha Ok Tak???

Ada yang kata isap shisha ni lagi bahaya dari merokok, betul ke? Bahan-bahan dalam shisha sama dengan rokok iaitu 4000 jenis bahan kimia. Bahaya tu. Shisha pada saya berbahaya kerana tiada penapis (filter) dan hanya menggunakan air sebagai medium untuk menapis. Berkesan ke agak-agaknya tu? Bila tengok pada botol shisha tu memang menarik dan macam- macam design ada. Bahagian-bahagian  pada botol shisha di reka dengan fungsi yang tersendiri.

Bila dah berjumpa ramai-ramai, hilang la rasa takut pada bahan yang ada dalam kimia tu. Macam-macam perasa yang membuatkan mood untuk melepak dengan kawan-kawan menjadi memuncak. Ada bau strawberi,grape,mint,vanila dan pelbagai perasa lagi. Kalau dah layan shisha ni memang tak ingat waktu nak balik la sebab feel bau dia mengasyikkan.

Layan sampai pagi

Kalau nak dikomen baik buruk shisha ni memang diluar bidang kuasa saya,tapi pada pandangan saya keburukan menghisap shisha tetap ada cuma yang membezakannya hanya lah tahap risiko yang terhasil dari aktiviti menshisha. hehe. So tepuk dada keluar asap shisha tanya selera.